NURBIAH DESIGN


Create your own at MyNiceProfile.com

About Me

My photo
Menjual barangan kraf tangan hasil seni sendiri dengan menampilkan hasil seni anyaman Bakul dari kertas surat khabar.. ramai yang bertanya adakah produk ini tahan lama dan tidak akan koyak atau rosak apabila terkena air dan sebagainya memandangkan ia diperbuat dari kertas surat khabar..sebenarnya hasil seni ini selepas dianyam ia akan disapu dengan beberapa lapisan gam kanci untuk menjadikan ia keras dan kukuh sebelum diwarnakan seperti warna rotan.. produk ini sesuai dijadikan hiasan dan hadiah untuk rakan2 dan sahabat handai. Jika berminat boleh hubungi :: email :: sazarulrasidee@yahoo.com phone::0179092554 atau membuat tempahan melalui laman sesawang ini juga boleh dilakukan. cara pembayaran adalah secara Bank in ke account CIMB BANK :: 06210001754529 SAZARUL RASIDEE BIN AHMAD SABRI MAYBANK :: 101178130425 AHMAD SABRI BIN ISMAIL sila nyatakan kod produk yang diinginkan dan sila maklumkan jika sudah membuat sebarang bayaran. penghantaran ke seluruh MALAYSIA disediakan +RM3=SEMENANJUNG MALAYSIA +RM5=SABAH DAN SARAWAK

Followers

1 CLICK UNTUK AKAK

Monday, April 4, 2011

TERIMA KASIH AKAK UCAPKAN

akak nak ucapkan terima kasih la bagi siapa-siapa yang sudi follow blog akak.. akak nie dah la jarang update blog.. kalau ada masa free kang akak sibuk siapkan tempahan bakul akak pulak.. nie sekarang akak tengah free sikit sebab semua tempahan bakul akak dah siapkan.. tinggal nak diambil oleh penempah-penampahnyer sahaja.. jadi adalah masa sikit akak nak berblog.. buat masa sekarang akak masih free dan tiada tempahan baru dari mana2 pihak.. ada sikit masa akak untuk berblog.. tadi lepas post beberapa entry akak tengok tetiber pulak meningkat follower akak.. walau pon meningkat seorang dua tapi bagi blogger kampung macam akak yang baru nak mengenal dunia blog nie adalah satu peningkatan bagi akak.. apa lagi terus akak telefon anak akak SAZARUL RASIDEE kat shah alam tuh bagitau ader orang baru follow akak.. hu3.. rupanya kerja anak akak yang mempromosikan blog akak kat faceblog. akak tak tahu apa yang orang2 muda nie cerita.. facebook la.. faceblog la.. facebook fanpage nie pon anak akak yang buat.. bukan nak berfacebook ker aper kerr.. cuma sebagai salah satu alternatif atau cara untuk mempromosikan kraftangan hasil kerja tangan akak kat mata umum.. nie die follower baru blog akak.. terima kasih yer akak ucapkan ..

NURBIAH