NURBIAH DESIGN


Create your own at MyNiceProfile.com

About Me

My photo
Menjual barangan kraf tangan hasil seni sendiri dengan menampilkan hasil seni anyaman Bakul dari kertas surat khabar.. ramai yang bertanya adakah produk ini tahan lama dan tidak akan koyak atau rosak apabila terkena air dan sebagainya memandangkan ia diperbuat dari kertas surat khabar..sebenarnya hasil seni ini selepas dianyam ia akan disapu dengan beberapa lapisan gam kanci untuk menjadikan ia keras dan kukuh sebelum diwarnakan seperti warna rotan.. produk ini sesuai dijadikan hiasan dan hadiah untuk rakan2 dan sahabat handai. Jika berminat boleh hubungi :: email :: sazarulrasidee@yahoo.com phone::0179092554 atau membuat tempahan melalui laman sesawang ini juga boleh dilakukan. cara pembayaran adalah secara Bank in ke account CIMB BANK :: 06210001754529 SAZARUL RASIDEE BIN AHMAD SABRI MAYBANK :: 101178130425 AHMAD SABRI BIN ISMAIL sila nyatakan kod produk yang diinginkan dan sila maklumkan jika sudah membuat sebarang bayaran. penghantaran ke seluruh MALAYSIA disediakan +RM3=SEMENANJUNG MALAYSIA +RM5=SABAH DAN SARAWAK

Followers

1 CLICK UNTUK AKAK

Wednesday, April 6, 2011

SALAM SEMUA??

assalamualaikum semua.. maaf lah.. akak tak update blog nie lama pulak.. sibuk sikit la semenjak dua menjak nie.. baru-baru nie orang ramai pulak datang rumah ambil tempaham bakul yang dieorang tempah.. semnua dah siap.. pastu kena siapkan tempahan bakul untuk sepasang sirih junjung untuk perkahwinan anak jiran sebelah rumah bulan 6 ni.. pastu biasa la sibuk dengan hari2 melayan kerenah anak-anak dan suami.. biasalah hidup seorang ibu...  hujan lebat pulak kat rumah akak nie.. sampai-sampai air dari parit depan rumah berarus air dalamnya.. bahaya la rasa... anak bungsu pulak sibuk merengek nak main hujan dengan kawan2 dia kat luar rumah... jangan harap mak bagi.. kalau demam sakit siapa yang tak tidur malam kalau bukan mak dan abah.. biar kamu menangis sebab tak dapat main kat luar rumah.. dari kamu menangis sakit tak sihat.. kadang2 anak2 tak tahu dan tak nampak sebab-sebab kita ibu2 melarang sesuatu tu.. kalau ibu tu tak bagi.. pasti ada sebab dan alasannya.. ibu mana tak sayang anak-anak kan??

Tuesday, April 5, 2011

KEBAIKKAN MEMBACA AL-QURAN

assalamualaikum semua.. petang nie akak nak kongsi sedikit informasi.. lagipon sekarang pon dah nak masuk waktu magrib kan.. akak nak konsi sedikit ngan pembaca semua kat blog akak nie.. lepas magrib nanti marilah kita membaca al-quran.. banyak kebaikkan jika kita membaca al-quran.. nak tahu apa kebaikkan setiap surah dalam al-quran jika kita membacanya??

1. Surah Al-Fatihah
-Penawar segala penyakit
-Menghilangkan kesakitan
-Penawar darah gemuruh, was-was dan lain-lain
-Pembuka Ikatan
-Penawar sakit mata
-Penawar sakit telinga
-Menghilangkan rasa lapar
-Penyembuh Luka
-Penerang hati
-Penawar Angin Ahmar, Stroke dan lain-lain
-Mendapatkan zuriat, pangkat dan lain-lain
-Segala hajat
-Penunduk orang zalim
-Sakit gigi
-Penawar Mujarab
-Pendinding
-Murah rezeki
-Selamat dalam perjalanan
-Kaya
-Kata Al-'Arif Billah Syeikh Ahmad Rifa'i

SANTAI DI PETANG HARI

sambil-sambil berborak dengan suami di pangkin di halaman rumah sambil melihat anak bermain basikal di laman .. mesti sedap jika ada sedikit kudapan untuk jadi pemanis mulut di petang hari.. jadi pergi dapur sediakan kueh lompat tikam.. kalau orang2 kat pahang kueh nie orang sini panggil kueh lompat tikam.. kat tempat lain akak tak pasti.. jadi .. nie la hasilnya untuk kudapan dan pemanis mulut di petang hari...

REVIEW KRAFTANGAN KOLEKSI AKAK

assalamualaikum semua?? selamat petang?? macamana?? dah makan tengahari?? makan apa tadi?? akak tadi alhamdulillah dapat juga makan tengahari satu keluarga.. kali nie akak nak buat cerita review la kata orang putih tentang bakul atau koleksi kraftangan yang akak buat sendiri.. kalau ada yang berminat boleh saja hubungi akak.. mari la tengok koleksi-koleksi hasil senie kerja tangan akak..


siapa sangka dari balang yang biasa macam nie boleh ditukarkan menjadi satu bekas meletak kuih muih di atas meja di pagi hari raya bukan?? kita kalau tengok dari sudut yang berbeza macam2 boleh kita olah agar sesuatu yang biasa boleh tampak menarik... ini yang akak usahakan sekarang... percaya atau tidak dari balang seperti diatas boleh menjadi secantik balang meletak kuih dibawah??

cantik bukan.. buat apa kita nak berbelanja lebih sedangkan kita boleh gunakan barangan terpakai dirumah untuk diolah menjadi satu barang baru yang lebih menarik..kita juga tak perlu risau jika balang tersebut jatuh ke lantai untuk pecah... bukan kah ia masih sebuah balang plastik?? jadi kalau berminat boleh hubungi akak ya?? terima kasih

Monday, April 4, 2011

ASAM PEDAS IKAN PARI MENU TENGAHARI INI

tengahari ini akak masak asam pedas ikan pari.. kegemaran suami akak nie.. anak-anak pon suka.. ok sekarang akak nak kongsi resepi nya.. cepat amik pen dan kertas semua.. 

bahan2
1 ekor ikan Pari yang dah di potong
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
30 tangkai cili kering
10 tangkai cili padi
2 inci belacan
4 jari asam jawa
1.5 liter air
daun kesum secukupnya
2 batang bunge kantan
garam
gula secukup rasa


cara2

1. kisar bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, cili kering, cili api dan belacan. 
2. tumis bahan kisar hingga garing. masukkan air asam jawa, gula, garam dan air. kacau rata.
3. masukkan ikan pari. tunggu hingga mendidih.
4. masukkan bunga kantan & daun kesum. kacau rata.
5. sedia dihidang bersama nasi putih panas

Selamat mencuba dari akak 




BEN ASHAARI KASI GEGAR 1000 BLOG ( 1 )

akak ikut segmen ni.. baru 2 kali akak ikut segmen BEN ASHAARI

YA ALLAH.. TERHARU AKAK

assalamualaikum.. ya allah.. terharu akak.. semalam kalau tak silap akak tengok sebelum tidur pengikut blog akak baru 7 orang.. tadi bangun pagi lepas update cerita pasal KERENAH ANAK-ANAK akak betul-betul tak perasan pengikut blog akak.. masa pergi ke dashboard baru terperasan ada 19 orang dah pengikut blog akak.. terima kasih ya semua.. akak baru lagi dalam dunia blog nie.. jadi kalau dah ada yang ikut walau jumlahnya kecil itu satu penghargaan buat akak.. terima kasih sudi menerima blog akak ya semua.. assalamualaikum.

KERENAH ANAK-ANAK

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. pagi yang indah.. suasana yang ceria...pagi-pagi lagi anak sudah buat kerenah.. sakit kepala akak.. si Aizatnya.. liatnya nak bangun.. kalau akak yang kejutkan memang tak bangunnya budak tu.. jadi akak mintak suami yang kejutkan.. abahnya cuma panggil nama sahaja.."AIZAT.." tiba-tiba bangun terus capai tuala ke bilik mandi.. geli hati pulak akak tengok.. biasa la tu kan.. aura seorang ayah... tak perlu marah2.. anak-anak dah paham sangt dah... cepat sahaja bangun.. lepas mandi si aizat nak makan nasi lemak.. tanya angah pulak nak sarapan apa.... angah nak cekodok bilis pulak.. akak minta la suami pergi kedai beli nasi lemak daun pisang.. sementara suami ke kedai.. akak duduk kat dapur bancuh cekodok bilis..macam2 kerenah anak-anak .. lepas ini rasanya nak ke pasar dengan suami.. suami akak memang cuti hari ini.. ada juga teman di rumah.. kalau tidak sunyi sahaja.. yer la akak seorang sahaja dirumah.anak-anak kesekolah.. suami bekerja..


pergi pasar tak tahu pulak nak beli apa.. tak tahu pulak nak masak apa hari ini... suami nak makan asam pedas ikan pari.. angah tak suka pulak asam pedas.. kena beli ayam pulak buat masak kicap untuk angah.. adik senang.. tak memilih.. apa yang ada itu yang dimakan..lepas ke pasar,sediakan bahan-bahan nak memasak dahulu lepas tu simpan dalam peti sejuk..kemudian kemas rumah dulu sapu sampah.. siram pokok bunga jemur kain di ampaian lepas tu baru mula memasak.. hari ini sibuk sikit sebab ada orang nak datang amik tempahan bakul yang sudah siap .. mungkin akak tak sempat nak berblog.. tengok pada keadaan dan situasi ya.. salam dari akak..ceria-ceria ya selalu..

MENU HARI INI

assalamualaikum semua.. selamat malam.. hari nie akak masak biasa-biasa sahaja.. tadi suami sebelum pergi kerja die mintak akak masakkan tom yam.. katanya dah lama tak makan tom yam.. nasib baik bila akak jenguk peti sejuk semua barang untuk buat tom yam ada dalam peti.. ada ayam.. sotong semua la ramuan untuk buat tom yam campur.. hasilnya jadilah tom yam campur untuk makan tengahari tadi juga juadah makan malam sekeluarga..


kalau dah makan tom yam.. tak kan semata-mata tom yam kan.. mesti lah ada regunya.. akak goreng pulak telur dadar dengan ikan kerisi goreng.. last sekali akak buat sambal belacan.. biasa la lidah orang melayu.. kalau tak kena sambal belacan bukan lidah melayu katanya, tapi bila makan sekeluarga.. teringat pulak kat anak sulung kat shah alam.. apa lah yang dimakannya hari ini.. hari nie akak masak biasa sahaja.. kata suami.. hujan2 macam sekarang nie kalau masak ikan bakar cecah dengan air asam pon laju jugak makan nasi nya.. ada2 sahaja abg nie.. tapi tadi seronok tengok suami menghirup tom am sampai habis semangkuk.. alhamdulillah rezeki hari ini..




kalau masak banyak-banyak kadang-kadang tak habis.. kalau ada anak yang sulung dia yang biasa habiskan.. jadi masak ikut kuantiti isi rumah yang ada.. kadang2 masak sikit tapi tak tahu sampai pening kepala nak masak menu yang berbeza-beza setiap hari.. ini la dilema suri rumah.. tapi bila dah lama-lama biasa la nak olah bahan masakkan untuk memberikan menu yang berbeza dan sedap untuk juadah seisi keluarga..

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

assalamualaikum.. ini pertama kali akak join segmen dari blogger lain..anak akak yang suruh akak ikut segmen nie.. akak tak tahu jugak macamana nak ikut.. cuma akak baca dan ikut arahan segmen dari BEN ASHAARI nie.. entah betul entah tidak akak cuba yer..

SIAPA BEN ASHAARI

assalamualaikum semua?? hari ni akak rajin pulak nak update blog.. akak ader banyak masa sikit hari nie... tadi anak akak Si SAZARUL tu ader call.. die ada kata kat akak yang die dah promote blog akak kat page Ben Ashaari.. akak tanya die semula.. "siapa Ben Ashaari tu?? die boleh gelak kat akak.. rupanya Ben Ashaari TU blogger terkenal ker?? mana la akak tahu.. tapi tadi akak sempat la bukak blog ben ashaari ngan suami akak.. baru la tahu siapa Ben Ashaari.. maaf la akak ucapkan kat Encik Ben Ashaari .. akak tak beberapa peka ngan perkembangan teknologi.. sekarang baru tahu siapa Ben Ashaari... kalau tak kerana budak Sazarul nie.. akak tak kenal pon siapa ben ashaari.. maaf sekali lagi akak tak kenal pon siapa beliau.. sekarang dah kenal dah..

-salam dari akak.. assalamualaikum-

TERIMA KASIH AKAK UCAPKAN

akak nak ucapkan terima kasih la bagi siapa-siapa yang sudi follow blog akak.. akak nie dah la jarang update blog.. kalau ada masa free kang akak sibuk siapkan tempahan bakul akak pulak.. nie sekarang akak tengah free sikit sebab semua tempahan bakul akak dah siapkan.. tinggal nak diambil oleh penempah-penampahnyer sahaja.. jadi adalah masa sikit akak nak berblog.. buat masa sekarang akak masih free dan tiada tempahan baru dari mana2 pihak.. ada sikit masa akak untuk berblog.. tadi lepas post beberapa entry akak tengok tetiber pulak meningkat follower akak.. walau pon meningkat seorang dua tapi bagi blogger kampung macam akak yang baru nak mengenal dunia blog nie adalah satu peningkatan bagi akak.. apa lagi terus akak telefon anak akak SAZARUL RASIDEE kat shah alam tuh bagitau ader orang baru follow akak.. hu3.. rupanya kerja anak akak yang mempromosikan blog akak kat faceblog. akak tak tahu apa yang orang2 muda nie cerita.. facebook la.. faceblog la.. facebook fanpage nie pon anak akak yang buat.. bukan nak berfacebook ker aper kerr.. cuma sebagai salah satu alternatif atau cara untuk mempromosikan kraftangan hasil kerja tangan akak kat mata umum.. nie die follower baru blog akak.. terima kasih yer akak ucapkan ..

JANGAN LA BUAT AKAK MACAM NIE

assalamualaikum semua.. akak nak cerita pengalaman akak selama akak berkecimpung dalam dunia perniagaan kecil kecilan akak dalam mengusahakan projek kraftangan nie.. akak bukan baru pertama kali akak berkecimpung dalam dunia nie.. akak dah lalui macam2 masalah macam2 ragam macam2 perangai manusia. semua sedia maklum kan.. akak pon bukan memiliki perniagaan besar besaran dirumah akak.. hanya perniagaan kecil kecilan sahaja.. akak jadi sedih bila ada yang menempah baul untuk kraftangan tapi bila bakul dah siap di sediakan.. mereka tak mahu ambil tempahan.. ada yang ambil tapi minta tangguh bayaran.. nak akak minta duit bayaran tapi bila difikirkan pulak jiran tetangga.. nie la susahnya bila berniaga atas dasar bantu membantu kawan2.. akak tak cuba minta cara elok tapi mereka minta tangguh.. jangan la buat akak macm nie.. akak berniaga.. bila dibayar pula.. senyuman langsung tak dilemparkan.. akak tak memaksa kamu semua membeli barangan akak.. akak cuba pasarkan nya sahaja.. penentuan mahu atau tidak bukan paksaan akak.. tapi adat la kan.. kalau dah membeli pasti perlu dibayar pada waktu itu juga.. pernah ker kita pergi kekedai untuk membeli beras.. tapi minta tangguh dibayar bayarannya.. melaikan kamu masuk buku 3 lima.. hahaha

akak harap semua pembeli yang dah ambil tempahan masing2.. buat la bayaran dengan segera,, bayaran bukan susah pon.. kalau jauh boleh sahaja transfer duit bayaran tu dalam akaun akak.. sekarang zaman teknologi.. bukan susah pon kan.. bak kata perdana menteri kita.. sekarang semua dihujung jari... terima kasih atas kerjasama yang bakal anda semua berikan.. terima kasih akak ucapkan ya..

BUAH HATI IBU

ni la bila bergelar seorang ibu.. tiada apa yang lebih istimewa daripada nilai2 bersama sebuah keluarga..kadang-kadang kita munkin terlupa atau terleka.. tapi dalam masa kita terleka itu.. kita pasti menyedari sedikit sebanyak perubahan dalam keluarga kita.. kalau dulu anak yang sulung baru belajar menapak.. tapi jika kini dipandang anak yang sulong.. sudah remaja.. sudah layak digelar seorang bapa kalau jodoh nya ketemu.. kalau dulu kita tengok anak nombor dua makanya masih bersuap.. tapi jika kini dilihat.. anak nombor dua sudah sama besar dengan ayahnya.. dan kalau dahulu kita tengok anak nombor 3 masih dalam kandungan.. tapi jika dilihat kini.,... anak nombor 3 sudah gagah berlari dan menggendong beg ke sekolah.. bertapa pantasnya masa berlalu.. bertapa cepatnya masa meninggalkan kita.. sedari lah masa itu tidak akan berulang kembali..

dari pandangan seorang ibu anak-anak adalah segalanya bagi nya.. tak lama lagi anak sulung akan menamatkan pengajiannya dalam Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan.. mak doakan yun akan berjaya menamatkan pengajian dalam bidang yang diceburi dan akan berjaya menyambung pengajian dalam ijazah pula selepas tamatnya diploma sebagaimana yang yun citakan.. buat aliff pula.. mak doakan anak mak akan lebih berjaya untuk menghadapi SPM pada tahun hadapan.. jadikan 7A PMR kamu sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dalam SPM nanti..Buat anak mak yang paling bungsu.. Aizat.. mak harap aizat jangan nakal sangt.. belajar betul2.. tahun depan adik dengan abang ngah ader periksa besar kan.. adik nak ambil UPSR kan?? belajar betul2 anak2 mak semua..

itulah die.. tiada apa yang lebih indah selain daripada bersama keluarga.. anak- anak pengarang jantung mak semua..


-salam rindu dari mak tercinta-

NAK BUAT CHOCOLATE MOIST CAKE PULAK

assalamualaikum.. wahh lama rupanya akak tak update blog akak nie..
tengok pulak macam2 update ada kat blogger lain..
maaf la akak sibuk sangt kebelakangan nie..
kena siapkan tempahan dari orang lagi..
mana nak kejarkan suami.. rumah tangga.. anak2.. 
kadang2 sibuk nya mengalahkan perdana menteri..
ok lama jugak la akak tak buat chocolate moist cake favorite anak2..
ok sekarang akak rasa nak share cara2 buat chocolate cake..
akak rasa semua orang tahu buat...
bukan susah pon.. jom kita jengah dapur..
kita tengok macamana nak buat chocolate cake moist nie.. jom semua??

sebelum kita buat chocolate moist cake nie kita kena tahu bahan2 nya dulu..
ok jom intai bahan2 apa yang nak digunakan dalam membuat Chocolate Moist Cake nie

250gram mentega
150gram gula kasar
150 gram gula perang
5biji telur
1 sudu ten esen vanilla
1 cawan susu cair/segar
a a/2 cawan tepung kek/naik sendiri
1 cawan serbuk koko

untuk chocolate nyer pulak :
250gram coklat masakkan/orang panggil chocolate bar
2 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
2 sudu besar mentega
sedikit coklat urai

cara-cara nak buat nya
1-panaskan ketuhar sehingga 130 darjah celcius
2-ayak tepung kek bersama campuran serbuk koko
3-pukul mentega bersama gula kasar dan gula perang sehingga kembang
4-masukkan esen vanilla dan pukul campuran tadi
5-masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis ke lima-lima biji telur tersebut sehingga gebu dan kembang campuran tadi
6-masukkan pula susu cair sehingga sebati
7-masukkan campuran ayakkan tepung ngan serbuk koko tadi sedikit demi sedikit
tuangkan dalam acuan dan masukkan dalam ketuhar selama 30 minit.

ok tu tadi cara2 nak buat badan kek nya.. sekarang kita nak buat coklat moist nyer pulak..

1-masukkan coklat masakkan yang dipotong2 kecil,susu pekat dan air panas ke dalam periuk sehingga hancur
2-masukkan mentega dan kacau sehingga sebati
3-tuangkan dan sapu ke atas kek coklat yang sudah siap dibakar tadi
taburkan coklat urai di atasnyerr or orang paggil chocolate rice atas nyer tadi
4-biarkan ia sejuk ..and sedia untuk dihidangkan..

NURBIAH