NURBIAH DESIGN


Create your own at MyNiceProfile.com

About Me

My photo
Menjual barangan kraf tangan hasil seni sendiri dengan menampilkan hasil seni anyaman Bakul dari kertas surat khabar.. ramai yang bertanya adakah produk ini tahan lama dan tidak akan koyak atau rosak apabila terkena air dan sebagainya memandangkan ia diperbuat dari kertas surat khabar..sebenarnya hasil seni ini selepas dianyam ia akan disapu dengan beberapa lapisan gam kanci untuk menjadikan ia keras dan kukuh sebelum diwarnakan seperti warna rotan.. produk ini sesuai dijadikan hiasan dan hadiah untuk rakan2 dan sahabat handai. Jika berminat boleh hubungi :: email :: sazarulrasidee@yahoo.com phone::0179092554 atau membuat tempahan melalui laman sesawang ini juga boleh dilakukan. cara pembayaran adalah secara Bank in ke account CIMB BANK :: 06210001754529 SAZARUL RASIDEE BIN AHMAD SABRI MAYBANK :: 101178130425 AHMAD SABRI BIN ISMAIL sila nyatakan kod produk yang diinginkan dan sila maklumkan jika sudah membuat sebarang bayaran. penghantaran ke seluruh MALAYSIA disediakan +RM3=SEMENANJUNG MALAYSIA +RM5=SABAH DAN SARAWAK

Followers

1 CLICK UNTUK AKAK

Monday, April 4, 2011

KERENAH ANAK-ANAK

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. pagi yang indah.. suasana yang ceria...pagi-pagi lagi anak sudah buat kerenah.. sakit kepala akak.. si Aizatnya.. liatnya nak bangun.. kalau akak yang kejutkan memang tak bangunnya budak tu.. jadi akak mintak suami yang kejutkan.. abahnya cuma panggil nama sahaja.."AIZAT.." tiba-tiba bangun terus capai tuala ke bilik mandi.. geli hati pulak akak tengok.. biasa la tu kan.. aura seorang ayah... tak perlu marah2.. anak-anak dah paham sangt dah... cepat sahaja bangun.. lepas mandi si aizat nak makan nasi lemak.. tanya angah pulak nak sarapan apa.... angah nak cekodok bilis pulak.. akak minta la suami pergi kedai beli nasi lemak daun pisang.. sementara suami ke kedai.. akak duduk kat dapur bancuh cekodok bilis..macam2 kerenah anak-anak .. lepas ini rasanya nak ke pasar dengan suami.. suami akak memang cuti hari ini.. ada juga teman di rumah.. kalau tidak sunyi sahaja.. yer la akak seorang sahaja dirumah.anak-anak kesekolah.. suami bekerja..


pergi pasar tak tahu pulak nak beli apa.. tak tahu pulak nak masak apa hari ini... suami nak makan asam pedas ikan pari.. angah tak suka pulak asam pedas.. kena beli ayam pulak buat masak kicap untuk angah.. adik senang.. tak memilih.. apa yang ada itu yang dimakan..lepas ke pasar,sediakan bahan-bahan nak memasak dahulu lepas tu simpan dalam peti sejuk..kemudian kemas rumah dulu sapu sampah.. siram pokok bunga jemur kain di ampaian lepas tu baru mula memasak.. hari ini sibuk sikit sebab ada orang nak datang amik tempahan bakul yang sudah siap .. mungkin akak tak sempat nak berblog.. tengok pada keadaan dan situasi ya.. salam dari akak..ceria-ceria ya selalu..

No comments:

NURBIAH