NURBIAH DESIGN


Create your own at MyNiceProfile.com

About Me

My photo
Menjual barangan kraf tangan hasil seni sendiri dengan menampilkan hasil seni anyaman Bakul dari kertas surat khabar.. ramai yang bertanya adakah produk ini tahan lama dan tidak akan koyak atau rosak apabila terkena air dan sebagainya memandangkan ia diperbuat dari kertas surat khabar..sebenarnya hasil seni ini selepas dianyam ia akan disapu dengan beberapa lapisan gam kanci untuk menjadikan ia keras dan kukuh sebelum diwarnakan seperti warna rotan.. produk ini sesuai dijadikan hiasan dan hadiah untuk rakan2 dan sahabat handai. Jika berminat boleh hubungi :: email :: sazarulrasidee@yahoo.com phone::0179092554 atau membuat tempahan melalui laman sesawang ini juga boleh dilakukan. cara pembayaran adalah secara Bank in ke account CIMB BANK :: 06210001754529 SAZARUL RASIDEE BIN AHMAD SABRI MAYBANK :: 101178130425 AHMAD SABRI BIN ISMAIL sila nyatakan kod produk yang diinginkan dan sila maklumkan jika sudah membuat sebarang bayaran. penghantaran ke seluruh MALAYSIA disediakan +RM3=SEMENANJUNG MALAYSIA +RM5=SABAH DAN SARAWAK

Followers

1 CLICK UNTUK AKAK

Monday, April 4, 2011

NAK BUAT CHOCOLATE MOIST CAKE PULAK

assalamualaikum.. wahh lama rupanya akak tak update blog akak nie..
tengok pulak macam2 update ada kat blogger lain..
maaf la akak sibuk sangt kebelakangan nie..
kena siapkan tempahan dari orang lagi..
mana nak kejarkan suami.. rumah tangga.. anak2.. 
kadang2 sibuk nya mengalahkan perdana menteri..
ok lama jugak la akak tak buat chocolate moist cake favorite anak2..
ok sekarang akak rasa nak share cara2 buat chocolate cake..
akak rasa semua orang tahu buat...
bukan susah pon.. jom kita jengah dapur..
kita tengok macamana nak buat chocolate cake moist nie.. jom semua??

sebelum kita buat chocolate moist cake nie kita kena tahu bahan2 nya dulu..
ok jom intai bahan2 apa yang nak digunakan dalam membuat Chocolate Moist Cake nie

250gram mentega
150gram gula kasar
150 gram gula perang
5biji telur
1 sudu ten esen vanilla
1 cawan susu cair/segar
a a/2 cawan tepung kek/naik sendiri
1 cawan serbuk koko

untuk chocolate nyer pulak :
250gram coklat masakkan/orang panggil chocolate bar
2 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
2 sudu besar mentega
sedikit coklat urai

cara-cara nak buat nya
1-panaskan ketuhar sehingga 130 darjah celcius
2-ayak tepung kek bersama campuran serbuk koko
3-pukul mentega bersama gula kasar dan gula perang sehingga kembang
4-masukkan esen vanilla dan pukul campuran tadi
5-masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis ke lima-lima biji telur tersebut sehingga gebu dan kembang campuran tadi
6-masukkan pula susu cair sehingga sebati
7-masukkan campuran ayakkan tepung ngan serbuk koko tadi sedikit demi sedikit
tuangkan dalam acuan dan masukkan dalam ketuhar selama 30 minit.

ok tu tadi cara2 nak buat badan kek nya.. sekarang kita nak buat coklat moist nyer pulak..

1-masukkan coklat masakkan yang dipotong2 kecil,susu pekat dan air panas ke dalam periuk sehingga hancur
2-masukkan mentega dan kacau sehingga sebati
3-tuangkan dan sapu ke atas kek coklat yang sudah siap dibakar tadi
taburkan coklat urai di atasnyerr or orang paggil chocolate rice atas nyer tadi
4-biarkan ia sejuk ..and sedia untuk dihidangkan..

NURBIAH