ni la bila bergelar seorang ibu.. tiada apa yang lebih istimewa daripada nilai2 bersama sebuah keluarga..kadang-kadang kita munkin terlupa atau terleka.. tapi dalam masa kita terleka itu.. kita pasti menyedari sedikit sebanyak perubahan dalam keluarga kita.. kalau dulu anak yang sulung baru belajar menapak.. tapi jika kini dipandang anak yang sulong.. sudah remaja.. sudah layak digelar seorang bapa kalau jodoh nya ketemu.. kalau dulu kita tengok anak nombor dua makanya masih bersuap.. tapi jika kini dilihat.. anak nombor dua sudah sama besar dengan ayahnya.. dan kalau dahulu kita tengok anak nombor 3 masih dalam kandungan.. tapi jika dilihat kini.,... anak nombor 3 sudah gagah berlari dan menggendong beg ke sekolah.. bertapa pantasnya masa berlalu.. bertapa cepatnya masa meninggalkan kita.. sedari lah masa itu tidak akan berulang kembali..dari pandangan seorang ibu anak-anak adalah segalanya bagi nya.. tak lama lagi anak sulung akan menamatkan pengajiannya dalam Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan.. mak doakan yun akan berjaya menamatkan pengajian dalam bidang yang diceburi dan akan berjaya menyambung pengajian dalam ijazah pula selepas tamatnya diploma sebagaimana yang yun citakan.. buat aliff pula.. mak doakan anak mak akan lebih berjaya untuk menghadapi SPM pada tahun hadapan.. jadikan 7A PMR kamu sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dalam SPM nanti..Buat anak mak yang paling bungsu.. Aizat.. mak harap aizat jangan nakal sangt.. belajar betul2.. tahun depan adik dengan abang ngah ader periksa besar kan.. adik nak ambil UPSR kan?? belajar betul2 anak2 mak semua..
itulah die.. tiada apa yang lebih indah selain daripada bersama keluarga.. anak- anak pengarang jantung mak semua..
-salam rindu dari mak tercinta-














No comments:
Post a Comment