NURBIAH DESIGN


Create your own at MyNiceProfile.com

About Me

My photo
Menjual barangan kraf tangan hasil seni sendiri dengan menampilkan hasil seni anyaman Bakul dari kertas surat khabar.. ramai yang bertanya adakah produk ini tahan lama dan tidak akan koyak atau rosak apabila terkena air dan sebagainya memandangkan ia diperbuat dari kertas surat khabar..sebenarnya hasil seni ini selepas dianyam ia akan disapu dengan beberapa lapisan gam kanci untuk menjadikan ia keras dan kukuh sebelum diwarnakan seperti warna rotan.. produk ini sesuai dijadikan hiasan dan hadiah untuk rakan2 dan sahabat handai. Jika berminat boleh hubungi :: email :: sazarulrasidee@yahoo.com phone::0179092554 atau membuat tempahan melalui laman sesawang ini juga boleh dilakukan. cara pembayaran adalah secara Bank in ke account CIMB BANK :: 06210001754529 SAZARUL RASIDEE BIN AHMAD SABRI MAYBANK :: 101178130425 AHMAD SABRI BIN ISMAIL sila nyatakan kod produk yang diinginkan dan sila maklumkan jika sudah membuat sebarang bayaran. penghantaran ke seluruh MALAYSIA disediakan +RM3=SEMENANJUNG MALAYSIA +RM5=SABAH DAN SARAWAK

Followers

1 CLICK UNTUK AKAK

Monday, April 4, 2011

ASAM PEDAS IKAN PARI MENU TENGAHARI INI

tengahari ini akak masak asam pedas ikan pari.. kegemaran suami akak nie.. anak-anak pon suka.. ok sekarang akak nak kongsi resepi nya.. cepat amik pen dan kertas semua.. 

bahan2
1 ekor ikan Pari yang dah di potong
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
30 tangkai cili kering
10 tangkai cili padi
2 inci belacan
4 jari asam jawa
1.5 liter air
daun kesum secukupnya
2 batang bunge kantan
garam
gula secukup rasa


cara2

1. kisar bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, cili kering, cili api dan belacan. 
2. tumis bahan kisar hingga garing. masukkan air asam jawa, gula, garam dan air. kacau rata.
3. masukkan ikan pari. tunggu hingga mendidih.
4. masukkan bunga kantan & daun kesum. kacau rata.
5. sedia dihidang bersama nasi putih panas

Selamat mencuba dari akak 




2 comments:

cinta siswi said...

acik..sedapnye..
meleh air liur tgk..hehe..
tp siswi xmkn ikn pari..
blh jep kn dgn ikn lain kn..
msty acik nyer masakn besh2..hehe..=)

NURBIAH DESIGN said...

hehehehee.. boleh jer syg.. nak makan ikan apa pon.. acik selalu jer tukar2.. kalau ganti dengan ikan kerisi atau ikan merah pon lagi sedap,... acik masak macam biasa sahaja..lepas makan untuk ahli keluarga pon dah cukup.. terima kasih sebab jenguk acik kat sini..

NURBIAH