assalamualaikum semua?? hari ni akak rajin pulak nak update blog.. akak ader banyak masa sikit hari nie... tadi anak akak Si SAZARUL tu ader call.. die ada kata kat akak yang die dah promote blog akak kat page Ben Ashaari.. akak tanya die semula.. "siapa Ben Ashaari tu?? die boleh gelak kat akak.. rupanya Ben Ashaari TU blogger terkenal ker?? mana la akak tahu.. tapi tadi akak sempat la bukak blog ben ashaari ngan suami akak.. baru la tahu siapa Ben Ashaari.. maaf la akak ucapkan kat Encik Ben Ashaari .. akak tak beberapa peka ngan perkembangan teknologi.. sekarang baru tahu siapa Ben Ashaari... kalau tak kerana budak Sazarul nie.. akak tak kenal pon siapa ben ashaari.. maaf sekali lagi akak tak kenal pon siapa beliau.. sekarang dah kenal dah..
-salam dari akak.. assalamualaikum-
NURBIAH DESIGN
About Me
- NURBIAH DESIGN
- Menjual barangan kraf tangan hasil seni sendiri dengan menampilkan hasil seni anyaman Bakul dari kertas surat khabar.. ramai yang bertanya adakah produk ini tahan lama dan tidak akan koyak atau rosak apabila terkena air dan sebagainya memandangkan ia diperbuat dari kertas surat khabar..sebenarnya hasil seni ini selepas dianyam ia akan disapu dengan beberapa lapisan gam kanci untuk menjadikan ia keras dan kukuh sebelum diwarnakan seperti warna rotan.. produk ini sesuai dijadikan hiasan dan hadiah untuk rakan2 dan sahabat handai. Jika berminat boleh hubungi :: email :: sazarulrasidee@yahoo.com phone::0179092554 atau membuat tempahan melalui laman sesawang ini juga boleh dilakukan. cara pembayaran adalah secara Bank in ke account CIMB BANK :: 06210001754529 SAZARUL RASIDEE BIN AHMAD SABRI MAYBANK :: 101178130425 AHMAD SABRI BIN ISMAIL sila nyatakan kod produk yang diinginkan dan sila maklumkan jika sudah membuat sebarang bayaran. penghantaran ke seluruh MALAYSIA disediakan +RM3=SEMENANJUNG MALAYSIA +RM5=SABAH DAN SARAWAK
Followers
1 CLICK UNTUK AKAK
Monday, April 4, 2011
TERIMA KASIH AKAK UCAPKAN
akak nak ucapkan terima kasih la bagi siapa-siapa yang sudi follow blog akak.. akak nie dah la jarang update blog.. kalau ada masa free kang akak sibuk siapkan tempahan bakul akak pulak.. nie sekarang akak tengah free sikit sebab semua tempahan bakul akak dah siapkan.. tinggal nak diambil oleh penempah-penampahnyer sahaja.. jadi adalah masa sikit akak nak berblog.. buat masa sekarang akak masih free dan tiada tempahan baru dari mana2 pihak.. ada sikit masa akak untuk berblog.. tadi lepas post beberapa entry akak tengok tetiber pulak meningkat follower akak.. walau pon meningkat seorang dua tapi bagi blogger kampung macam akak yang baru nak mengenal dunia blog nie adalah satu peningkatan bagi akak.. apa lagi terus akak telefon anak akak SAZARUL RASIDEE kat shah alam tuh bagitau ader orang baru follow akak.. hu3.. rupanya kerja anak akak yang mempromosikan blog akak kat faceblog. akak tak tahu apa yang orang2 muda nie cerita.. facebook la.. faceblog la.. facebook fanpage nie pon anak akak yang buat.. bukan nak berfacebook ker aper kerr.. cuma sebagai salah satu alternatif atau cara untuk mempromosikan kraftangan hasil kerja tangan akak kat mata umum.. nie die follower baru blog akak.. terima kasih yer akak ucapkan ..
JANGAN LA BUAT AKAK MACAM NIE
assalamualaikum semua.. akak nak cerita pengalaman akak selama akak berkecimpung dalam dunia perniagaan kecil kecilan akak dalam mengusahakan projek kraftangan nie.. akak bukan baru pertama kali akak berkecimpung dalam dunia nie.. akak dah lalui macam2 masalah macam2 ragam macam2 perangai manusia. semua sedia maklum kan.. akak pon bukan memiliki perniagaan besar besaran dirumah akak.. hanya perniagaan kecil kecilan sahaja.. akak jadi sedih bila ada yang menempah baul untuk kraftangan tapi bila bakul dah siap di sediakan.. mereka tak mahu ambil tempahan.. ada yang ambil tapi minta tangguh bayaran.. nak akak minta duit bayaran tapi bila difikirkan pulak jiran tetangga.. nie la susahnya bila berniaga atas dasar bantu membantu kawan2.. akak tak cuba minta cara elok tapi mereka minta tangguh.. jangan la buat akak macm nie.. akak berniaga.. bila dibayar pula.. senyuman langsung tak dilemparkan.. akak tak memaksa kamu semua membeli barangan akak.. akak cuba pasarkan nya sahaja.. penentuan mahu atau tidak bukan paksaan akak.. tapi adat la kan.. kalau dah membeli pasti perlu dibayar pada waktu itu juga.. pernah ker kita pergi kekedai untuk membeli beras.. tapi minta tangguh dibayar bayarannya.. melaikan kamu masuk buku 3 lima.. hahaha
akak harap semua pembeli yang dah ambil tempahan masing2.. buat la bayaran dengan segera,, bayaran bukan susah pon.. kalau jauh boleh sahaja transfer duit bayaran tu dalam akaun akak.. sekarang zaman teknologi.. bukan susah pon kan.. bak kata perdana menteri kita.. sekarang semua dihujung jari... terima kasih atas kerjasama yang bakal anda semua berikan.. terima kasih akak ucapkan ya..
akak harap semua pembeli yang dah ambil tempahan masing2.. buat la bayaran dengan segera,, bayaran bukan susah pon.. kalau jauh boleh sahaja transfer duit bayaran tu dalam akaun akak.. sekarang zaman teknologi.. bukan susah pon kan.. bak kata perdana menteri kita.. sekarang semua dihujung jari... terima kasih atas kerjasama yang bakal anda semua berikan.. terima kasih akak ucapkan ya..
BUAH HATI IBU
ni la bila bergelar seorang ibu.. tiada apa yang lebih istimewa daripada nilai2 bersama sebuah keluarga..kadang-kadang kita munkin terlupa atau terleka.. tapi dalam masa kita terleka itu.. kita pasti menyedari sedikit sebanyak perubahan dalam keluarga kita.. kalau dulu anak yang sulung baru belajar menapak.. tapi jika kini dipandang anak yang sulong.. sudah remaja.. sudah layak digelar seorang bapa kalau jodoh nya ketemu.. kalau dulu kita tengok anak nombor dua makanya masih bersuap.. tapi jika kini dilihat.. anak nombor dua sudah sama besar dengan ayahnya.. dan kalau dahulu kita tengok anak nombor 3 masih dalam kandungan.. tapi jika dilihat kini.,... anak nombor 3 sudah gagah berlari dan menggendong beg ke sekolah.. bertapa pantasnya masa berlalu.. bertapa cepatnya masa meninggalkan kita.. sedari lah masa itu tidak akan berulang kembali..dari pandangan seorang ibu anak-anak adalah segalanya bagi nya.. tak lama lagi anak sulung akan menamatkan pengajiannya dalam Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan.. mak doakan yun akan berjaya menamatkan pengajian dalam bidang yang diceburi dan akan berjaya menyambung pengajian dalam ijazah pula selepas tamatnya diploma sebagaimana yang yun citakan.. buat aliff pula.. mak doakan anak mak akan lebih berjaya untuk menghadapi SPM pada tahun hadapan.. jadikan 7A PMR kamu sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dalam SPM nanti..Buat anak mak yang paling bungsu.. Aizat.. mak harap aizat jangan nakal sangt.. belajar betul2.. tahun depan adik dengan abang ngah ader periksa besar kan.. adik nak ambil UPSR kan?? belajar betul2 anak2 mak semua..
itulah die.. tiada apa yang lebih indah selain daripada bersama keluarga.. anak- anak pengarang jantung mak semua..
-salam rindu dari mak tercinta-
NAK BUAT CHOCOLATE MOIST CAKE PULAK
assalamualaikum.. wahh lama rupanya akak tak update blog akak nie..
tengok pulak macam2 update ada kat blogger lain..
maaf la akak sibuk sangt kebelakangan nie..
kena siapkan tempahan dari orang lagi..
mana nak kejarkan suami.. rumah tangga.. anak2..
kadang2 sibuk nya mengalahkan perdana menteri..
ok lama jugak la akak tak buat chocolate moist cake favorite anak2..
ok sekarang akak rasa nak share cara2 buat chocolate cake..
akak rasa semua orang tahu buat...
bukan susah pon.. jom kita jengah dapur..
kita tengok macamana nak buat chocolate cake moist nie.. jom semua??
sebelum kita buat chocolate moist cake nie kita kena tahu bahan2 nya dulu..
ok jom intai bahan2 apa yang nak digunakan dalam membuat Chocolate Moist Cake nie
250gram mentega
150gram gula kasar
150 gram gula perang
5biji telur
1 sudu ten esen vanilla
1 cawan susu cair/segar
a a/2 cawan tepung kek/naik sendiri
1 cawan serbuk koko
untuk chocolate nyer pulak :
250gram coklat masakkan/orang panggil chocolate bar
2 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
2 sudu besar mentega
sedikit coklat urai
cara-cara nak buat nya
1-panaskan ketuhar sehingga 130 darjah celcius
2-ayak tepung kek bersama campuran serbuk koko
3-pukul mentega bersama gula kasar dan gula perang sehingga kembang
4-masukkan esen vanilla dan pukul campuran tadi
5-masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis ke lima-lima biji telur tersebut sehingga gebu dan kembang campuran tadi
6-masukkan pula susu cair sehingga sebati
7-masukkan campuran ayakkan tepung ngan serbuk koko tadi sedikit demi sedikit
tuangkan dalam acuan dan masukkan dalam ketuhar selama 30 minit.
ok tu tadi cara2 nak buat badan kek nya.. sekarang kita nak buat coklat moist nyer pulak..
1-masukkan coklat masakkan yang dipotong2 kecil,susu pekat dan air panas ke dalam periuk sehingga hancur
2-masukkan mentega dan kacau sehingga sebati
3-tuangkan dan sapu ke atas kek coklat yang sudah siap dibakar tadi
taburkan coklat urai di atasnyerr or orang paggil chocolate rice atas nyer tadi
4-biarkan ia sejuk ..and sedia untuk dihidangkan..
Subscribe to:
Posts (Atom)













