NURBIAH DESIGN


Create your own at MyNiceProfile.com

About Me

My photo
Menjual barangan kraf tangan hasil seni sendiri dengan menampilkan hasil seni anyaman Bakul dari kertas surat khabar.. ramai yang bertanya adakah produk ini tahan lama dan tidak akan koyak atau rosak apabila terkena air dan sebagainya memandangkan ia diperbuat dari kertas surat khabar..sebenarnya hasil seni ini selepas dianyam ia akan disapu dengan beberapa lapisan gam kanci untuk menjadikan ia keras dan kukuh sebelum diwarnakan seperti warna rotan.. produk ini sesuai dijadikan hiasan dan hadiah untuk rakan2 dan sahabat handai. Jika berminat boleh hubungi :: email :: sazarulrasidee@yahoo.com phone::0179092554 atau membuat tempahan melalui laman sesawang ini juga boleh dilakukan. cara pembayaran adalah secara Bank in ke account CIMB BANK :: 06210001754529 SAZARUL RASIDEE BIN AHMAD SABRI MAYBANK :: 101178130425 AHMAD SABRI BIN ISMAIL sila nyatakan kod produk yang diinginkan dan sila maklumkan jika sudah membuat sebarang bayaran. penghantaran ke seluruh MALAYSIA disediakan +RM3=SEMENANJUNG MALAYSIA +RM5=SABAH DAN SARAWAK

Followers

1 CLICK UNTUK AKAK

Wednesday, April 6, 2011

SALAM SEMUA??

assalamualaikum semua.. maaf lah.. akak tak update blog nie lama pulak.. sibuk sikit la semenjak dua menjak nie.. baru-baru nie orang ramai pulak datang rumah ambil tempaham bakul yang dieorang tempah.. semnua dah siap.. pastu kena siapkan tempahan bakul untuk sepasang sirih junjung untuk perkahwinan anak jiran sebelah rumah bulan 6 ni.. pastu biasa la sibuk dengan hari2 melayan kerenah anak-anak dan suami.. biasalah hidup seorang ibu...  hujan lebat pulak kat rumah akak nie.. sampai-sampai air dari parit depan rumah berarus air dalamnya.. bahaya la rasa... anak bungsu pulak sibuk merengek nak main hujan dengan kawan2 dia kat luar rumah... jangan harap mak bagi.. kalau demam sakit siapa yang tak tidur malam kalau bukan mak dan abah.. biar kamu menangis sebab tak dapat main kat luar rumah.. dari kamu menangis sakit tak sihat.. kadang2 anak2 tak tahu dan tak nampak sebab-sebab kita ibu2 melarang sesuatu tu.. kalau ibu tu tak bagi.. pasti ada sebab dan alasannya.. ibu mana tak sayang anak-anak kan??

Tuesday, April 5, 2011

KEBAIKKAN MEMBACA AL-QURAN

assalamualaikum semua.. petang nie akak nak kongsi sedikit informasi.. lagipon sekarang pon dah nak masuk waktu magrib kan.. akak nak konsi sedikit ngan pembaca semua kat blog akak nie.. lepas magrib nanti marilah kita membaca al-quran.. banyak kebaikkan jika kita membaca al-quran.. nak tahu apa kebaikkan setiap surah dalam al-quran jika kita membacanya??

1. Surah Al-Fatihah
-Penawar segala penyakit
-Menghilangkan kesakitan
-Penawar darah gemuruh, was-was dan lain-lain
-Pembuka Ikatan
-Penawar sakit mata
-Penawar sakit telinga
-Menghilangkan rasa lapar
-Penyembuh Luka
-Penerang hati
-Penawar Angin Ahmar, Stroke dan lain-lain
-Mendapatkan zuriat, pangkat dan lain-lain
-Segala hajat
-Penunduk orang zalim
-Sakit gigi
-Penawar Mujarab
-Pendinding
-Murah rezeki
-Selamat dalam perjalanan
-Kaya
-Kata Al-'Arif Billah Syeikh Ahmad Rifa'i

SANTAI DI PETANG HARI

sambil-sambil berborak dengan suami di pangkin di halaman rumah sambil melihat anak bermain basikal di laman .. mesti sedap jika ada sedikit kudapan untuk jadi pemanis mulut di petang hari.. jadi pergi dapur sediakan kueh lompat tikam.. kalau orang2 kat pahang kueh nie orang sini panggil kueh lompat tikam.. kat tempat lain akak tak pasti.. jadi .. nie la hasilnya untuk kudapan dan pemanis mulut di petang hari...

REVIEW KRAFTANGAN KOLEKSI AKAK

assalamualaikum semua?? selamat petang?? macamana?? dah makan tengahari?? makan apa tadi?? akak tadi alhamdulillah dapat juga makan tengahari satu keluarga.. kali nie akak nak buat cerita review la kata orang putih tentang bakul atau koleksi kraftangan yang akak buat sendiri.. kalau ada yang berminat boleh saja hubungi akak.. mari la tengok koleksi-koleksi hasil senie kerja tangan akak..


siapa sangka dari balang yang biasa macam nie boleh ditukarkan menjadi satu bekas meletak kuih muih di atas meja di pagi hari raya bukan?? kita kalau tengok dari sudut yang berbeza macam2 boleh kita olah agar sesuatu yang biasa boleh tampak menarik... ini yang akak usahakan sekarang... percaya atau tidak dari balang seperti diatas boleh menjadi secantik balang meletak kuih dibawah??

cantik bukan.. buat apa kita nak berbelanja lebih sedangkan kita boleh gunakan barangan terpakai dirumah untuk diolah menjadi satu barang baru yang lebih menarik..kita juga tak perlu risau jika balang tersebut jatuh ke lantai untuk pecah... bukan kah ia masih sebuah balang plastik?? jadi kalau berminat boleh hubungi akak ya?? terima kasih

Monday, April 4, 2011

ASAM PEDAS IKAN PARI MENU TENGAHARI INI

tengahari ini akak masak asam pedas ikan pari.. kegemaran suami akak nie.. anak-anak pon suka.. ok sekarang akak nak kongsi resepi nya.. cepat amik pen dan kertas semua.. 

bahan2
1 ekor ikan Pari yang dah di potong
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
30 tangkai cili kering
10 tangkai cili padi
2 inci belacan
4 jari asam jawa
1.5 liter air
daun kesum secukupnya
2 batang bunge kantan
garam
gula secukup rasa


cara2

1. kisar bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, cili kering, cili api dan belacan. 
2. tumis bahan kisar hingga garing. masukkan air asam jawa, gula, garam dan air. kacau rata.
3. masukkan ikan pari. tunggu hingga mendidih.
4. masukkan bunga kantan & daun kesum. kacau rata.
5. sedia dihidang bersama nasi putih panas

Selamat mencuba dari akak 




NURBIAH